
Ada yang berpendapat mungkin HPA adalah sekadar MLM yang sama dengan mana-mana MLM diluar sana kecuali ditambah perkataan Syariah sahaja. Itu adalah hak individu untuk berhujah mengenai pendapat masing-masing.
Secara peribadi mengapa saya memilih HPA kerana SINERGI. Ya! kerana sinergi lah apabila kita menjadi seorang pengamal Senaman Tua, cabang-cabang lain dalam perawatan tradisional seperti pemakanan herba, urutan, refleksologi, kiropraktik,bekam dan sewaktu dengannya perlu berjalan seiring.
Saya melihat dari sudut perawatan, sinergi antara Senaman Tua dan pemakanan herba amat penting. Dengan tidak menafikan herba-herba lain dipasaran juga berkesan tetapi melihat dari sejarah dan perkembangan HPA, saya amat yakin ini adalah sinergi yang amat baik dengan Senaman Tua. Bagi pengamal-pengamal ST di Gelanggang Naga Berlabuh secara otomatik akan menjadi ahli seumur hidup HPA, secara tidak langsung mereka juga mendapat kemudahan penuh sebagai ahli seperti pembelian produk dengan harga yang murah dan mendapat poin bonus, berpeluang untuk mengikuti kursus perawat HPA seperti berbekam, diagnos tangan, diagnos mata, kiropraktik, akupuntur dan pelbagai lagi ilmu yang boleh di praktikkan bersama ST.

Tidak ramai perawat HPA yang mempunyai lesen untuk mengajar Senaman Tua. Jadi rebutlah peluang untuk bersama mempelajari salah satu Ilmu Melayu ini dan menaikkan taraf dan mutu pengamal-pengamal yang berminat menjadi perawat didalam HPA.
No comments:
Post a Comment